Sunday, February 22, 2009

KATA-KATA ALUAN YDP

KATA-KATA ALUAN

Adalah menjadi matlamat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk melahirkan guru yang berketerampilan,dedikasi,kreatif dan berkeupayaan dalam memimpin diri, keluarga, sekolah dan masyarakat demi pembangunan negara. Cita-cita ini tidak akan tercapai sekiranya semua guru pelatih tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kampus.

Untuk memenuhi hasrat dan tujuan tersebut, Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar adalah merupakan satu ‘platform’ yang sesuai. Melalui aktiviti-aktiviti persatuan semua guru pelatih terdedah kepada pelbagai sifat kepimpinan dan proses pengurusan yang lebih teratur.

Semoga paparan Blog Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ini dapat membantu dan meningkatkan lagi kualiti dan ilmu pengetahuan guru pelatih IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan khususnya selain dapat menyampaikan maklumat tentang pergerakan atau perjalanan JPP selaras dengan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.



(MOHD FAIZALBIN ABDUL RAZAK)

Yang dipertua

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar